Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Membersihkan Sarang-sarang Habuk

1 Comments - Post a comment


Dah lama dah tak update blog nie. sampai dah berabuk dah. rasanya macam nak hidupkan balik blog nie boleh buat giler-giler. So sapa nak join jadi giler tunggu post giler yang akan datang pasti giler punye :)

 

Wajah Baru SelambaFM

No Comment - Post a comment

Mulai sekarang SelambaFM hanya akan keudara daripad 1.00PM setiap hari kecuali Ahad sehingga 9.30PM.

Sesiapa yang ingin menjadi DJ bolehlah emailkan kepada lixdo[at]hotmail.com

SelambaFM Info:

Masa keudara : 1.00PM Hingga 9.30PM Setiap Hari Kecuali Ahad





[ SelambaFM Managment]

 

SelambaFM Kembali Mengegarkan Telingga Anda...

1 Comments - Post a comment

SelambaFM telah memulakan semula operasinya setelah di hentikan buat seketika. Dengan kerjasama daripada pihak Dinet.fm 

 

Selamat Hari Raya 2008

No Comment - Post a comment

 

Selamat Hari Bapa

No Comment - Post a comment

Bapa, ayah, abah, itulah panggilan keramat anak kepada lelaki yang mempunyai anak. Kehebatan ayah tiadalah tandingannya…. Sebut saja ayah anak pasti berhati-hati. Ayah selalunya tegas dan penuh disiplin. Dalam banyak hal ayahlah kata pemutus.

Ayah juga jarang menunjukkan secara zahir sayangnya pada anak. Hakikatnya ayah amat sayang pada anak-anak. Kebanyakkan ayah tak banyak cakap tapi banyak tindakan. Ayah banyak mengajar anak-anak dengan perbuatan dan gerak geri. Ayah juga banyak guna bahasa badan, sehingga anak membuat telahan sendiri. Anak-anak kalau bercakap dengan ayah terlalu berhati-hati. Kadang-kadang takut kadang-kadang tidak.

Itulah kebanyakan lelaki yang bergelar ayah! Sempena Hari Bapa, hadiahkanlah sesuatu untuk ayah. Beraksilah dipentas kehidupan dengan aksi-aksi yang tidak mengecewakan ayah dan ibu kita.

SELAMAT HARI BAPA



* Di petik Daripada http://www.planet-fahmi.com/blog/hati-ibubapa/selamat-hari-bapa.html

 

Selamat Hari Ibu

No Comment - Post a comment

Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu


Renungkan:
“Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah.

Al-Fatihah juga kepada saudara-saudaraku yang telah kehilangan Ibu tercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga.


*Di petik daripada forum.

 

Forum Selenge

1 Comments - Post a comment


Anda bosan? cacat? gila-gila?? Mari bersantai di forum kami.

Kami juga menyediakan beberapa Permainan Arcade untuk hiburan seisi keluarga ngeh2!




 

Apa Yang Aku Terpandang !

3 Comments - Post a comment



Nielah yang aku terpandang pagi tadi masa nak pergi kerja. Apa pendapat korang tentang nie.
Pada aku adakah ini satu sabotaj atau pun suara hati dalaman yang tak dapat di luahkan secara terbuka, entahlah.

 

Keputusan PilihanRaya

2 Comments - Post a comment


Sapa tengok malam tadi kat Tv1? Tv2? Tv3? atau Astro??

Well, itulah keputusan-keputusan yang telah sah dan sahih.!

Tahniah bg calon2 yg menang.


p/s: walaubagaimanapun ada gark keputusan2 yg terkujat bg rakyat.. Apa2 pon anda yg menentukan. Hidup Malaysia!


 

Akademi DJ SelambaFM

6 Comments - Post a comment

New Akademi DJ SelambaFM project will be start soon. This project focus to train new dj for SelamabaFM. Anyone interested to be DJ at SelambaFM can join this project by contact muncet or my self lixdo through email or chat with us YM/MSN (our YM address can be obtain at Selenge Members Section )

Satu projek baru Akademi DJ SelambaFM akan bermula tidak lama lagi. Tujuan projek ini adalah untuk melatih DJ baru untuk SelambaFM. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi muncet atau pun saya sendiri Lixdo melalui email atau terus berchat dengan kami di YM/MSN (YM contact kami boleh di dapati di bahagian Selenge Members)

 

Tahniah wat Cik JZ

2 Comments - Post a comment

Patut la Cik JZ selaku Moderator Selenge lama sgt menyepi. Rupa2nya dah berhijrah ke tempat lain untuk memulakan sesi pekerjaannya yang terbaru. Moga apa yg dicita-citakan tercapailah hendaknya. Mesti lepas ni dia bz sokmo daaa..!!

Weeiii!!! Raya cina nanti banjer kami2 semua ni weh!!! hahahaha!!!